Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena tahun baharu 2025, Bank Rakyat mengadakan Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i bermula dengan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran yang lumayan kepada pelanggan.

Peluang keemasan menanti pelanggan Bank Rakyat menjelang tahun 2025

ByWilly Jali

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Sempena tahun baharu 2025, Bank Rakyat bakal mengadakan Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i  dengan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran yang lumayan kepada pelanggan.

Susulan sambutan luar biasa dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan, Kempen Mega Pembiayaan Peribadi-i diadakan bermula 1 Disember hingga 28 Februari 2025.

Menurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff, sempena kempen ini, pelbagai hadiah eksklusif yang akan ditawarkan selain menyediakan perkhidmatan kewangan inklusif kepada masyarakat.

“Sebagai bank koperasi Islam, Bank Rakyat sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang inklusif dan memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang untuk mencapai kesejahteraan kewangan.

“Menerusi kempen ini, para pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah lumayan bernilai lebih RM400,000, termasuk sebuah kereta elektrik BYD Atto 3, sebuah motosikal BMW, serta pakej umrah atau pelancongan untuk dua orang.

“Manakala hadiah lain termasuk iPhone, motosikal Modenas, iPad, 5 gram wafer emas dan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus bernilai RM1,000 ,” menurutnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menariknya, hadiah bernilai lebih RM400,000 akan ditawarkan untuk memberi peluang kepada pelanggan membawa pulang 73 hadiah menarik di samping merancang kewangan dengan bijak untuk mencapai matlamat kewangan di tahun baharu.

Kempen ini menggunakan konsep ‘Langgan dan Menang’, yang mana pelanggan yang memohon pembiayaan minimum RM30,000 dan berjaya diluluskan sepanjang tempoh kempen ini layak untuk menyertai cabutan hadiah menarik.

Selain itu, orang ramai boleh mengambil peluang Kempen Emas 2 kilogram yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah 2 kilogram emas bagi Pembiayaan Pajak Gadai-i yang akan berakhir pada 31 Disember 2024.

Para pelanggan Kad Kredit-i pula berpeluang untuk memenangi Pakej Percutian bernilai RM20,000, MacBook Pro, Dyson Hair Dryer dengan pembelian emas melalui Kempen Gold Fest yang akan berakhir pada 31 Disember 2024.

Dalam pada itu, Bank Rakyat menerusi Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM5.8 juta untuk dimenangi.

Pencarian Jutawan Kedua Akaun Pelaburan-i Rizq Plus akan dilakukan pada Januari 2025 dan kelayakan cabutan bagi hadiah wang tunai bernilai RM1 juta adalah dengan mengekalkan baki purata bulanan dalam Akaun Pelaburan-i Rizq Plus sebanyak RM5,000 pada 31 Disember 2024.

Di samping itu, Bank Rakyat bakal menganjurkan Muslimah Fest, bermula 20 hingga 22 Disember 2024 bertempat di Midvalley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur.

Terdapat lebih 70 jenama dan rakan dagang pakaian Muslimah Bank Rakyat akan berada di sana dan menawarkan promosi menarik termasuklah ROCKQUEEN, Sharaothman, Lreana.scarves, Alhumaira, Fiziwoo, Bayu Somerset, SofeaRose, Nabila Razali MY dan Qaira Hijab.

Ia turut diwarnai dengan pengisian menarik seperti tutorial solekan, program mewarna Nuri dan forum perkongsian usahawan bersama Mila Jirin.

Pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah harian menarik seperti wafer emas, barang kemas Habib, baucar beli-belah, kad petrol bernilai RM100 serta botol air jenama Montigo.

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut berkenaan kempen, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my dan hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan