Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Presiden Joe Biden dan anaknya, Hunter Biden. Foto AFP

Peguam Khas AS bantah permohonan Hunter Biden batalkan pertuduhan selepas pengampunan

ByBernama

WASHINGTON, 3 Dis: Peguam Khas Amerika Syarikat David Weiss membantah permohonan Hunter Biden untuk membatalkan pertuduhan cukai dan senjata api terhadapnya selepas Presiden Joe Biden memberikan pengampunan, menurut satu dokumen mahkamah.

Biden pada Ahad menandatangani perintah eksekutif untuk memberi pengampunan kepada anaknya, Hunter dengan alasan bahawa keputusan itu berdasarkan keyakinannya terhadap ketidakadilan pendakwaan.

Presiden yang baharu dipilih, Donald Trump mengkritik tindakan pengampunan itu, menyifatkannya sebagai satu “penyalahgunaan kuasa dan pencabulan keadilan.”

“Amerika Syarikat, melalui counsel of record, dengan ini mengemukakan bantahan terhadap permohonan defendan untuk membatalkan pertuduhan, seperti yang dinyatakan dalam ‘Notis Pengampunan Defendan’ (ECF No. 236).

“Permohonan defendan harus ditolak kerana tiada kuasa yang mengikat mahkamah ini untuk membatalkan pertuduhan itu,” kata Weiss dalam pemfailan bertarikh Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Weiss menegaskan bahawa kerajaan tidak menafikan bahawa defendan menerima satu tindakan belas kasihan, tetapi itu tidak bermakna pertuduhan terhadapnya perlu “dihapuskan.”

Beliau juga berkata dakwaan Hunter Biden bahawa dia didakwa “hanya berdasarkan statusnya sebagai anak kepada Presiden yang sedang berkhidmat”, bertentangan dengan fakta memandangkan badan eksekutif yang mengemukakan dakwaan terbabit diketuai oleh bapanya, menurut pemfailan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan