Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika ditemui media pada Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku : Epitom Aspirasi Kerajaan MADANI di Bangunan Parlimen hari ini.Foto, Bernama.

Parlimen: Proses pindah calon SPM mangsa banjir ke lokasi selamat selesai

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Usaha memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan banjir ke kawasan selamat selesai sepenuhnya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata pendekatan dua fasa itu bertujuan untuk memastikan kelancaran peperiksaan di negeri-negeri yang terjejas banjir seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Fasa pertama telah selesai sepenuhnya dengan semua calon yang terjejas dipindahkan ke asrama atau lokasi selamat yang dikenal pasti.

“Kami juga telah memulakan fasa kedua, iaitu pembugaran emosi untuk memastikan pelajar bersedia dari segi mental menghadapi peperiksaan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Banjir besar yang melanda Kedah, Kelantan dan Terengganu ketika ini turut menyebabkan lebih 5,000 calon SPM terkesan apabila kediaman mereka dinaiki air.

Dewan Rakyat: Hujan lebat luar biasa dalam tempoh lima hari punca banjir besar – PM Anwar

Sementara itu Fadhlina turut mengucapkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang memberikan kerjasama luar biasa dalam memastikan keselamatan pelajar.

“Sinergi yang ditunjukkan agensi kerajaan cukup luar biasa. Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan para guru yang sentiasa memberi komitmen penuh demi kesejahteraan pelajar,” tambahnya lagi.

Menurut Fadhlina, calon yang tidak dapat menduduki peperiksaan pada hari pertama diberikan kelonggaran untuk menghadirinya pada hari berikutnya.

“Kelonggaran ini adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap situasi semasa. Kami mahu memastikan semua pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan tanpa tekanan,” jelasnya.

Dewan Rakyat: Hujan lebat luar biasa dalam tempoh lima hari punca banjir besar – PM Anwar

Meskipun keadaan banjir mencabar logistik dan pergerakan, Fadhlina optimis bahawa peperiksaan SPM dapat diteruskan dengan lancar.

“Kami berdoa agar tiada halangan besar berlaku. KPM telah mengatur mekanisme yang mantap untuk memastikan semua pelajar berada dalam keadaan selamat sepanjang musim peperiksaan ini,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru ibu bapa dan masyarakat untuk terus memberikan sokongan kepada pelajar bagi memastikan mereka kekal fokus menghadapi peperiksaan walaupun berdepan cabaran cuaca. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan