Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Datuk Abdullah Saidol dan Ronnie Teo bersama para wakil penaja Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024 pada sesi kunjungan hormat di Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Majlis penyampaian Anugerah Kewartawanan Kenyalang pada 14 Disember

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 3 Dis: Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2024 akan berlangsung di Kuching pada 14 Disember 2024 bertempat di Hotel Riverside Majestic, Puteri Wing.

Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo berkata tahun ini, Kerajaan Sarawak sekali lagi menjadi Penaja Platinum KJA 2024 dengan tajaan sebanyak RM100,000 untuk Anugerah Utama dan kategori Ekonomi Digital.

“Petronas, Sarawak Energy dan Shell Malaysia kekal sebagai Penaja Emas KJA, masing-masing menyumbang RM50,000 untuk menaja kategori Anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti, Anugerah Kewartawanan Kelestarian dan Anugerah Laporan Perniagaan dan Ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Ronnie berkata tahun ini, KDJA dengan bangga mengumumkan dua lagi Penaja Emas baharu – Press Metal yang menaja kategori Anugerah Laporan Berita dan Yayasan Peneraju penaja kategori Anugerah Kewartawanan Penyiaran.

Penaja korporat tambahan termasuk Affin Bank, SEDC Energy, Citadel dan SOCOE.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada para penaja atas sokongan teguh dan sumbangan mereka dalam penganjuran Anugerah Kewartawanan Kenyalang.

“Komitmen mereka dalam memupuk kecemerlangan dalam bidang kewartawanan Sarawak telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan standard dan integriti landskap media di negeri ini.

Menurutnya, sokongan yang tidak ternilai daripada Kerajaan Sarawak, Petronas, Shell, Sarawak Energy Berhad, Yayasan Peneraju, Press Metal dan penaja lain telah membolehkan pihaknya mengiktiraf dan meraikan kerja cemerlang wartawan yang berdedikasi.

Tajaan ini bukan sahaja menghormati pencapaian wartawan ini tetapi juga memberi inspirasi kepada mereka untuk terus mengejar kebenaran, keadilan dan akauntabiliti dalam laporan mereka.

“Bersama-sama, kita terus memperkukuhkan tonggak media yang bebas dan bertanggungjawab, memastikan komuniti kita sentiasa bermaklumat dan diberdayakan.

“Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan