Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 14,209 pegawai dan anggota pelbagai agensi bersiap sedia menghadapi bencana banjir di Sabah. Foto fail Jabatan Air Negeri Sabah (FB)

Lebih 14,000 anggota pelbagai agensi siap siaga hadapi banjir di Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 3 Dis: Sebanyak 14,209 pegawai dan anggota pelbagai agensi bersiap sedia menghadapi bencana banjir di Sabah, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Mohd Yusoff Samad.

Beliau berkata selain itu, 1,456 aset disediakan oleh agensi terbabit termasuk 16 logistik udara sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlarutan hingga awal tahun depan.

“Agensi terlibat antaranya APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta agensi negeri yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pentauliahan pegawai kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

MTL, yang bermula awal bulan lepas, dijangka berterusan hingga Mac dengan hujan lebat diramal berlaku di pantai timur Semenanjung, Sarawak serta Sabah dan boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah.

Mohd Yusoff berkata anggota APM bersiap sedia di semua daerah termasuk 10 daerah kecil di Sabah yang bermula dari zon Kudat, Kota Kinabalu, Beaufort, Keningau, Tawau dan Sandakan.

Mengenai majlis itu, beliau berkata 57 anggota Kor SISPA UMS ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda selepas berjaya melengkapkan lima kursus wajib sepanjang penglibatan di bawah modul latihan pertahanan awam di universiti berkenaan.

Mohd Yusoff berkata mereka akan ditempatkan di lokasi tempat tinggal masing-masing sebagai persediaan mendepani sebarang bencana dan kecemasan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan