Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Keselamatan Jalan Raya bertempat di Blok A Bangunan CIDB Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, semalam. Foto JPJ Sarawak

JPJ Sarawak kongsi ilmu keselamatan jalan raya

KUCHING, 3 Dis: Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak telah mengadakan Sesi Perkongsian Ilmu Keselamatan Jalan Raya bertempat di Blok A Bangunan CIDB Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, semalam.

JPJ Sarawak dalam kenyataannya berkata, tajuk perkongsian ilmu berkenaan Pemanduan Berhemah dan Keselamatan Di Jalan Raya telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Muhai Mohamed kepada 20 orang Pemandu Kenderaan Jabatan Perbadanan Pembangunan Perumahan (PPP) Sarawak.

“Program selama enam jam tersebut turut melibatkan taklimat secara praktikal daripada Pegawai Penguji Bertauliah (TOT) kepada semua peserta yang diketuai oleh Ketua Penguji Unit Pelesenan Pemandu Kuching, Awangku Zainal bersama tiga anggota (TOT) JPJ Sarawak yang lain,” kata kenyataan itu.

Katanya, dengan adanya Ceramah serta Latihan Pemanduan secara Praktikal ini, pihak JPJ berharap para peserta akan dapat menambah ilmu pemanduan mereka di samping perkongsian teknik dan cara pemanduan yang betul.

“Ia sekali gus dapat memberikan impak yang positif dan menyemai sikap kepatuhan pada peraturan dan undang-undang jalan raya dalam diri mereka,” ujarnya.-TVS

Tags: JPJ, TOT, UKJRK

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan