Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kiri) hadir pada Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku : Epitom Aspirasi Kerajaan MADANI di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Dewan Rakyat: Sabah, Sarawak ungguli penebusan Baucar Buku MADANI

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Sabah dan Sarawak mencatat prestasi cemerlang sebagai negeri teratas dalam penebusan Baucar Buku MADANI.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata perkembangan itu menunjukkan komitmen luar biasa oleh para guru, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di kedua-dua wilayah tersebut.

“Penebusan baucar buku di kawasan luar bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak, sangat menakjubkan dan ini menunjukkan komitmen mereka sejak awal terhadap inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir Pameran Wacana Pencapaian Semasa Inisiatif Baucar Buku: Epitome Aspirasi Kerajaan Madani yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Laman Sidang Dewan Parlimen hari ini.

Anwar pada 30 Mei lepas mengumumkan bantuan baucar berkenaan berjumlah RM290 juta ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sementara itu Fadhlina memaklumkan, sehingga 1 Disember sebanyak 3,279,601 baucar telah ditebus dengan nilai keseluruhan RM262.6 juta.

“Program ini turut menyaksikan lebih 6.6 juta naskah buku berjaya dijual, melibatkan 1,050 penjual aktif melalui platform Bookcapital,” katanya.

Fadhlina turut menzahirkan penghargaan kepada Pos Malaysia yang memastikan penghantaran buku ke kawasan pedalaman berjalan lancar, meskipun berdepan cabaran logistik.

“Usaha ini tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak, termasuk penghantar buku yang gigih memastikan anak-anak di kawasan paling jauh mendapat manfaat ini,” katanya.

Fadhlina turut mengingatkan bahawa baki 28 hari terakhir program ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Saya menyeru ibu bapa, guru, dan murid untuk memastikan 100 peratus baucar ditebus sebelum tarikh akhir.

“Inisiatif ini bukan sahaja menggalakkan budaya membaca tetapi turut menyokong sektor penerbitan tempatan,” tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Wong berkata, inisiatif tersebut sebagai bukti komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar.

“Pencapaian ini membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak mampu bersaing dan memanfaatkan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan