Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berucap di Majlis Perasmian Blok Medan, Hospital Miri di sini hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

Cadang naik taraf Hospital Miri sebagai Hospital Wilayah Utara Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 3 Dis: Hospital Miri dicadangkan dinaik taraf sebagai Hospital Wilayah Utara Sarawak, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata penambahbaikan yang berterusan di hospital berkenaan akan memudahkan pesakit di kawasan sekitar tidak perlu dirujuk ke Hospital Umum Sarawak di Kuching.

“Sekarang kita ada Pakar Onkologi di Miri, jadi sekarang boleh buat kemoterapi di sini dan kita berharap Unit Onkologi ini boleh dipertingkatkan jadi pesakit kanser boleh menjalankan rawatan di sini tidak payah ke Kuching. Mudah-mudahan Hospital Miri akan menjadi hospital wilayah kawasan utara Sarawak.

“Hospital Miri juga memerlukan kepakaran untuk Unit Onkologi dan Unit Kardiologi. Ini sangat penting kerana pesakit jantung itu dia tidak boleh tunggu. Setiap detik itu berharga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Blok Medan, Hospital Miri di sini, hari ini.

Tambahnya, buat masa ini Hospital Miri bekerjasama dengan pihak Borneo Medical Centre untuk mengendalikan kes kecemasan yang melibatkan pesakit jantung.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar KKM menambah tempat meletak kenderaan bertingkat di Hospital Miri.

“Ini satu masih lagi kekurangan dan sudah saya juga mencadang kalau Kementerian Kesihatan (KKM) menghadapi masalah dari segi kewangan projek ini boleh dibuat sepenuhnya seperti dibuat di kuching iaitu di bawah Private Financing Initiative (PFI), itu boleh dibuat. Jadi saya berharaplah, saya akan bercadang dengan Datuk Lukanisman, Timbalan Menteri Kesihatan supaya kemukakan kepada KKM supaya kita boleh buat tempat letak kenderaan bertingkat di sini di bawah PFI untuk menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta di sini.

“Saya semua staff, dan pengunjung yang datang menghadapi masalah ini setiap hari. Jadi Klinik Bandaraya Miri dan Hospital Miri boleh berkongsi,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan