Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Blok Medan, Hospital Miri di sini hari ini. Foto Faisal Rambli (TVS)

Blok medan di Hospital Miri tangani wabak, bencana di zon utara

BySalasiah Safian

MIRI, 3 Dis: Penubuhan blok medan di Hospital Miri menandakan suatu perkembangan positif berkaitan penyediaan kemudahan kesihatan, terutama sebagai persediaan wabak dan bencana di zon utara Sarawak.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Kerajaan Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memberi tumpuan khusus dalam penyediaan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang terbaik kepada seluruh rakyatnya.

“Keputusan Kerajaan GPS Sarawak bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membina Blok Medan di Miri ini adalah selaras dengan tekad kerajaan Sarawak untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan ini.

“Pembinaan bangunan separa kekal Blok Medan ini termasuk juga Blok B, bangunan baharu Hospital Miri dapat menampung keperluan penduduk di kawasan Miri dan yang berdekatan dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Perasmian Blok Medan, Hospital Miri di sini hari ini.

Menurut beliau, bagi pembinaan hospital medan, ia merupakan keputusan Kerajaan Sarawak dan kosnya ditanggung oleh Kerajaan Sarawak selepas mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiga hospital medan di tiga titik lokasi strategik dibina termasuk di Sibu dan Kuching.

“Kos bagi ketiga-tiga hospital ini melibatkan RM9 juta, dan bagi Blok Medan di Miri berjumlah RM2.17 juta.

“Dengan beroperasinya Blok Medan ini, saya berharap ia dapat meringankan beban sedia ada di Blok A dan Blok B Hospital Miri di mana ia akan memberi manfaat kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, pelaksanaan pembinaan dengan kaedah hospital medan di Sarawak bukan idea baharu tetapi ia merupakan kaedah yang inovatif dan fleksibel bagi menangani keadaan yang sangat mendesak terutama apabila menghadapi bencana dan wabak yang menular.

Jelasnya, fasiliti tersebut ternyata berkesan membantu para barisan hadapan kesihatan menangani keadaan yang sangat kompleks dan memudaratkan seperti wabak COVID-19 yang lalu di Sarawak.

Dengan adanya Blok Medan, cabaran ini sedikit sebanyak dapat ditangani di mana pesakit COVID-19 dapat dirawat dalam kawasan yang terasing daripada pesakit lain dan bukan penghidap COVID-19.

Kapasiti ruangan dan katil untuk merawat pesakit COVID-19 juga dapat dipertingkatkan pada masa itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan