Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Datuk Dr Philip Ting Ding Ing (kiri) dan Dekan Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof. Dr. Lim Weng Marc (kanan) ketika ditemui TVS pada Persidangan Belanjawan Sarawak 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.. Foto TVS

Belanjawan 2025: Usahawan PKS perlu rebut peluang disediakan

ByAsmah Adenan

KUCHING, 3 Dis: Usahawan di luar bandar harus bijak mengambil peluang disediakan kerajaan menerusi pelbagai geran bantuan dan insentif bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.

Dekan Sekolah Perniagaan Universiti Sunway, Prof Dr Lim Weng Marc berkata, berbagai geran dan insentif diberikan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mengikut sektor dalam bidang tertentu seperti pertanian dan pembuatan.

“Apa yang peniaga luar bandar patut melihat adalah peluang yang diberikan di luar bandar seperti tempat berniaga, geran dan latihan untuk meningkatkan lagi kemahiran selain merancakkan lagi perniagaan bukan saja di Sarawak malah eksport barangan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Untuk sesebuah ekonomi berkembang dengan lebih pesat, perlu adanya perniagaan yang berjaya sebagai contoh menggunakan peluang yang telah disediakan seperti memperbaiki kemahiran dalam bidang pengurusan dan perakaunan.

“Ini juga akan membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka apabila mereka mahir dan pandai menggunakan peluang yang telah diberikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Persidangan Belanjawan Sarawak 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Mengulas mengenai ke arah pendigitalan pula, katanya, penggunaan Sarawak Pay dan e-dompet yang lain melalui aplikasi seperti Grab dan Foodpanda kini sudah semakin diterima dan digunapakai.

“Kita sudah lihat pendigitalan telah berlaku dan menerusi pendigitalan seperti ini PKS hendaklah bersedia untuk perubahan ke arah digital dalam perniagaan mereka.

“Sekarang adalah masalanya untuk memasuki digital kerana ada banyak sokongan yabg diberikan oleh kerajaan mengikut perbezaan kluster,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak, Datuk Dr Philip Ting Ding Ing melihat, PKS di Sarawak masih menyesuaikan diri dan memerlukan masa untuk lebih mahir dalam penggunaan teknologi seperti yang disarankan kerajaan.

“Cabaran bagi sektor swasta di Sarawak adalah penggunaan teknologi mungkin mahal dan mereka juga sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dalam menerima pakai teknologi ini untuk perniagaan mereka.

“Saya juga bersetuju dengan apa yang ditekankan oleh Kerajaan Sarawak iaitu lebih cepat kita bergerak ke arah pendigitalan adalah lebih baik,” katanya.

Belanjawan Negeri Sarawak 2025 yang dibentangkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas merupakan yang terbesar dalam sejarah.

Dalam belanjawan tersebut, Sarawak turut diletakkan sebagai destinasi pelaburan utama dan mempromosikan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan