Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi keselamatan yang berhempas pulas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di negeri itu. Foto Menteri Besar Kelantan (FB )

Banjir: Kerajaan Kelantan rakam penghargaan kepada pihak terlibat hulur bantuan

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada agensi-agensi keselamatan yang berhempas pulas menyelamatkan mangsa-mangsa banjir dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasuruddin Daud berkata, kerajaan negeri turut menghargai bantuan yang dihulurkan oleh pihak lain iaitu agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, pempengaruh dan personaliti.

“Musibah banjir yang dihadapi ini menuntut kita untuk tingkatkan kesabaran. Ingatlah, dalam setiap kesusahan itu adanya kesenangan yang akan kunjung tiba.

“Seluruh rakyat hendaklah berganding bahu dan bersatu hati dalam menghadapi ujian ini dengan segala bentuk bantuan agar susah senang kita hadapi bersama.

“Sesungguhnya semangat tolong-menolong dan keprihatinan yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan persaudaraan Islam dan kepedulian sosial dalam kalangan masyarakat kita, yang berjaya mengatasi segala perbezaan yang wujud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Mohd Nasuruddin menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk terus berdoa dan melakukan solat hajat memohon kesejahteraan negeri serta dijauhkan dari segala musibah yang tidak dingini.

Menurut laman web Public Info Banjir, setakat jam 6 pagi hari ini, Kelantan merekodkan mangsa tertinggi dengan 58,145 orang, dari 18,340 keluarga dengan mereka berlindung di 168 pusat penempatan sementara (PPS) di lapan daerah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan