Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha memindahkan penduduk terjejas dijalankan ke atas penduduk terjejas banjir di Sekadau, Kalimantan Barat. Foto BNPB

Banjir: 24,236 terjejas di empat kawasan Kalimantan Barat

JAKARTA, 3 Dis: Seramai 24,236 mangsa daripada 6,699 keluarga terjejas akibat banjir di empat kawasan di Sekadau, Kalimantan Barat susulan hujan berterusan sejak Sabtu lalu.

Menurut jurucakap Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Abdul Muhari, air naik sehingga 1.5 meter menenggelami 6,505 rumah penduduk sehingga ada yang memilih untuk berpindah ke lokasi pemindahan sementara.

“Banjir yang berlaku cukup tinggi menyebabkan sebahagian penduduk terjejas berpindah ke tempat lebih selamat ke tapak pemindahan sementara yang telah disediakan,” katanya.

Sejumlah infrastruktur dan kemudahan awam turut dinaiki air dan jalan menuju ke kawasan terbabit dibersihkan berikutan banjir.

Empat mukim yang terjejas ialah Mukim Nanga Mahap, Nanga Taman, Sekadau Hulu dan Sekadau Hilir.

Setakat ini pihaknya masih siap siaga dengan bot membantu orang ramai untuk berpindah ke tempat lebih selamat.

Pasukan pemantauan turut bersedia di lokasi terjejas bagi membantu dan mengagihkan bantuan kepada penduduk yang masih menetap di rumah masing-masing. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan