Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini. Foto hiasan Envato

Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Dis: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan negeri hingga lewat petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Negeri yang terlibat ialah Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di Pahang kawasan dijangka terlibat ialah Kuantan, Jerantut, Cameron Highlands, Rabuh, Bentong dan Temerloh, Johor (Tangkak dan Muar) dan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu).

Di Perak, antara kawasan dijangka terlibat ialah Kerian, Larut, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim manakala di Sarawak melibatkan Kuching,Serian, Samarahan, Bintulu dan Miri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan