Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Foto: TVS

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina

ByBernama

SEPANG, 3 Dis: AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Paul Caroll ketika mengumumkannya berkata tambang semua dalam satu bagi penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bharu ke Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu ialah RM328, manakala penerbangan ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan ialah RM388.

Beliau berkata justeru, AirAsia akan menyediakan 152 penerbangan tambahan bagi memenuhi jangkaan lebihan permintaan bagi penerbangan sepanjang tempoh perayaan itu bermula 24 Jan hingga 4 Feb, 2025.

“Memandangkan Tahun Baharu Lunar akan tiba tidak sampai satu bulan lagi, kami teruja untuk menyambut ketibaan Tahun Ular yang melambangkan kecekalan dan keazaman.

“Bagi meraikan perayaan ini, AirAsia dengan bangganya menawarkan tambang tetap mampu milik supaya rakyat Malaysia dapat bersama-sama orang tersayang pada hari istimewa ini,” katanya pada pelancaran tambang itu di ibu pejabat AirAsia di sini, hari ini. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan