Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Sulit Kepada Premier Sarawak, Ahmad Hazlan Ismawi mendahului senarai 147 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak. Foto Faitullah Morni (TVS)

147 terima dikurnia pingat, darjah kebesaran Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 3 Dis: Setiausaha Sulit Kepada Premier Sarawak, Ahmad Hazlan Ismawi mendahului senarai 147 penerima dikurniakan pingat dan darjah kebesaran negeri Sarawak daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Besar, Astana Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Ahmad Hazlan merupakan penerima tunggal yang dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Johan Bintang Kenyalang (J.B.K).

Istiadat pengurniaan diteruskan dengan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) juga kepada penerima tunggal iaitu Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Rakayah Hamdan.

Seterusnya, seramai 10 penerima dikurniakan Pingat Jasa Keberanian, Pingat Perwira Negeri (P.P.N) – (Gangsa) yang didahului Ali Amit dan enam penerima lain dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S) yang didahului Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Dr. Siti Noor Linda Taib.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Sibu Zulkipli Suhaili dan Penolong Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan 2, Prof. Madya Dr. Abdul Razak Abdul Kadir antara 19 penerima dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K).

Seterusnya, Abu Bakar Sham Jamil mendahului 20 penerima dikurniakan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B).

Sementara itu, 27 penerima yang didahului Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Afiq Fikri Brahim dikurniakan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) dan 17 penerima lagi dikurniakan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Ahli Bintang Sarawak (A.B.K) yang didahului Florry Jacob Siha.

Istiadat pengurniaan itu diakhiri dengan dua pingat iaitu Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T) kepada 25 penerima yang didahului Abdul Aziz Abdul Razak dan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) kepada 21 penerima yang didahului Ambrose Gibson Kunding.

Istiadat pengurniaan tersebut turut disaksikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr. Juanda Jaya dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan