Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Qatar pada Ahad. Foto AFP

Verstappen juara GP Qatar, penalti Norris tangguh kejuaraan McLaren

ByBernama

BERLIN, 2 Dis: Pemandu Red Bull Max Verstappen bangkit daripada penalti grid untuk muncul juara Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Qatar pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Namun, impian McLaren untuk memenangi kejuaraan bagi kategori pengeluar tertangguh apabila Lando Norris dikenakan penalti 10 saat, sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Verstappen, meraih kemenangan kesembilannya musim ini selepas memintas George Russell daripada pasukan Mercedes pada permulaan perlumbaan, meskipun bermula di petak kedua susulan penalti kerana memandu dengan cara berbahaya.

Norris dikenakan penalti kerana gagal memperlahankan kenderaan ketika bendera kuning dikibarkan, menyebabkan dia kehilangan tempat kedua yang sepatutnya meletakkan McLaren dalam kedudukan terbaik untuk meraih gelaran pasukan pertama sejak 1998.

Sebaliknya, Ferrari berjaya mengurangkan jurang mata daripada 30 kepada 21 menjelang perlumbaan penutup musim di Abu Dhabi minggu depan selepas Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kedua di hadapan Oscar Piastri daripada McLaren.

Masih terdapat 44 mata yang ditawarkan di Abu Dhabi.

— BERNAMA-dpa

 

TAG: kategori pengeluar, F1, penalti

TVKB MZA

Monday , 02 December 2024

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan