Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Kerja dan Bantuan  Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memutuskan pada Ahad untuk menghentikan sementara penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom, laluan utama untuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, disebabkan risiko keselamatan yang berterusan sepanjang laluan itu. Foto fail AFP

UNRWA tangguh penghantaran bantuan melalui lintasan utama Gaza atas faktor keselamatan

ByBernama

GAZA, 2 Dis:  Agensi Kerja dan Bantuan  Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memutuskan pada Ahad untuk menghentikan sementara penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom, laluan utama untuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza, disebabkan risiko keselamatan yang berterusan sepanjang laluan itu.

Pada 16 Nov, konvoi besar trak bantuan dirompak kumpulan bersenjata dan pada Sabtu, beberapa trak makanan turut dilarikan, menurut UNRWA dalam kenyataan di platform media sosial X, lapor Xinhua.

“Tanggungjawab untuk melindungi pekerja bantuan dan bekalan terletak pada Israel sebagai kuasa pendudukan. Mereka mesti memastikan aliran bantuan memasuki  Gaza dengan selamat,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini dalam catatannya di X,  berkata keputusan yang sukar ini dibuat pada masa kebuluran yang semakin memuncak di Gaza. “Penghantaran bantuan kemanusiaan tidak seharusnya berbahaya atau menjadi ujian,” kata Lazzarini.

Di Gaza, operasi kemanusiaan menjadi hampir mustahil disebabkan oleh “sekatan berterusan, halangan daripada Israel, keputusan politik untuk mengehadkan jumlah bantuan, kekurangan keselamatan di laluan bantuan dan sasaran oleh polis tempatan,” katanya lagi.

Sebuah Konvoi PBB yang membawa 109 trak berisi bekalan makanan “dirompak dengan ganas” pada 16 Nov selepas memasuki Gaza, dengan 97 trak dilarikan dan pemandu diancam dengan senjata untuk memunggah bantuan, menurut UNRWA.

Pada 18 November, Hamas mengumumkan 20 individu terbunuh dalam operasi keselamatan di timur Rafah, selatan Gaza. Operasi itu menyasarkan kumpulan dipercayai perompak trak bantuan yang memasuki Gaza. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan