Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Stesen televisyen wilayah pertama di Malaysia, TV Sarawak (TVS) tampil menghadirkan aksi bola sepak bertaraf antarabangsa dengan menyiarkan secara langsung kejohanan Carabao Cup 2024/2025.

TVS tayangkan siaran langsung Carabao Cup 2024/2025

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 2 Dis: Stesen televisyen wilayah pertama di Malaysia, TV Sarawak (TVS) tampil menghadirkan aksi bola sepak bertaraf antarabangsa dengan menyiarkan secara langsung kejohanan Carabao Cup 2024/2025.

Peminat bola sepak tempatan kini berpeluang menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi di platform TVS, yang semakin dikenali sebagai saluran sukan pilihan rakyat.

TVS memastikan para penonton mendapat pengalaman tontonan terbaik melalui ulasan menarik dan liputan mendalam tentang perlawanan.

Tidak hanya itu, saluran ini juga menyediakan analisis pra dan pasca perlawanan oleh panel pakar bola sepak tempatan, memberi peluang kepada peminat untuk memahami taktik serta strategi setiap pasukan.

Sebagai salah satu kejohanan bola sepak domestik paling berprestij di England, Carabao Cup menampilkan perlawanan sengit antara pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan divisyen bawahan.

Pastikan anda sentiasa mengikuti jadual siaran dan nikmati pengalaman sukan bertaraf dunia.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi-aksi menarik Carabao Cup di TVS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan