Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Acacia Power Sdn Bhd dan NEXTCHEM SpA di Kuching, hari ini. Foto TVS

Tenaga lestari baharu dari Akasia tangani perubahan iklim dunia

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 2 Dis: Sarawak terus meneroka inovasi dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dengan memperkenalkan konsep penanaman pokok Akasia yang digunakan untuk penghasilan biojisim.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata konsep ini merupakan komitmen terbaharu Sarawak dalam usaha menangani perubahan iklim global.

“Kami merasakan bahawa ada penyelesaian lain untuk tenaga boleh diperbaharui ini yakni menerusi penanaman pokok Akasia.

“Konsep ini melibatkan pembahagian ladang Akasia kepada beberapa blok kecil yang membolehkan tanaman ini dituai secara bergilir setiap tiga hingga empat tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Acacia Power Sdn Bhd dan NEXTCHEM SpA di sini, hari ini.

Menjelaskan lagi, beliau berkata dalam tempoh tiga hingga empat tahun ia menjadi stok gambut untuk biojisim yang menghasilkan tenaga.

Pada masa sama, Abang Johari turut berkongsi inovasi Sarawak dalam sektor tenaga boleh diperbaharui melalui penghasilan sumber biojisim alternatif daripada rumput napier yang dituai setiap tiga bulan.

Menerusi strategi inovatif Sarawak, beliau yakin gabungan kepakaran Acacia Power Sdn Bhd dan NEXTCHEM SpA dalam pembekalan biojisim dan pemindahan teknologi akan dapat menangani cabaran perubahan iklim global.

“Saya yakin dengan pengalaman anda dan juga pengalaman kami dalam menanam Akasia, dengan gabungan kedua-duanya, kita boleh menghadapi cabaran perubahan iklim global.

“Kami hanyalah ekonomi kecil yang sedang berkembang di Borneo, tetapi kita boleh bekerjasama,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan