Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Forestry Corporation (SFC) menyertai pameran pembangunan selama tiga hari sempena Pesta Benak 2024 di Sri Aman. Foto SFC

SFC tingkatkan kesedaran kepentingan lindungi hidupan liar

SRI AMAN, 2 Dis: Sarawak Forestry Corporation (SFC) menyertai pameran pembangunan selama tiga hari sempena Pesta Benak 2024 di Sri Aman.

SFC dalam kenyataan berkata, pameran tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan melindungi hidupan liar.

“Ia khususnya spesies yang tergolong dalam kategori terlindung dan terlindung sepenuhnya di Sarawak.

“Sepanjang program ini, SFC turut menekankan betapa pentingnya untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti pemerdagangan hidupan liar,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, ini demi memastikan kelestarian populasi untuk generasi akan datang.

“Selain itu, SFC juga menawarkan khidmat nasihat kepada individu atau komuniti yang berminat untuk mendapatkan lesen pemeliharaan hidupan liar secara sah sejajar dengan undang-undang yang ditetapkan,” jelas kenyataan tersebut.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan