Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang cedera parah manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran kilang di Miri hari ini. Foto JBPM

Seorang cedera parah, tiga melecur dalam kebakaran kilang di Miri

MIRI, 2 Dis: Seorang cedera parah manakala tiga lagi melecur dalam kebakaran sebuah kilang di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa cedera parah ialah Dai Jiong Huo,57, merupakan warganegara China yang bekerja sebagai krew kimpalan manakala Wong King Hee,39, melecur bahagian tangan dan Wawan Firmansyah,24, serta Ahmad Azizi Farhan,25 melecur bahagian badan dan tangan.

Komander Operasi, Mohammad Faizul Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.42 pagi dengan menggerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran terkawal dan tidak melibatkan struktur. Insiden melibatkan letupan dapur tempat pembakaran kayu untuk mendapatkan haba.

“Kesemua mangsa di hantar ke hospital berdekatan menggunakan van kilang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, letupan dapur itu berlaku ketika kerja kimpalan dilakukan yang menyebabkan seorang mangsa cedera parah.

“Pihak bomba hanya bertindak membuat penyejukan menggunakan 200 kaki satu nozel sumber air pili bomba sehingga tiada lagi haba dan punca api.

“Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan