Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara Datuk Amar Tan Sri Abdul Aziz Husain (kiri) dan Giovanni Sale di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sarawak dan Itali jalin kerjasama membangunkan loji tenaga serpihan kayu berkapasiti tinggi

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 2 Dis: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam peralihan tenaga di Malaysia dan Asia Tenggara dengan memanfaatkan limpahan sumber semula jadi untuk mempelbagaikan pengeluaran tenaga boleh diperbaharui, termasuk tenaga solar dan biojisim.

Komitmen ini direalisasikan melalui kerjasama strategik antara ACACIA Power Sdn Bhd, anak syarikat Permodalan Satok Berhad dan NEXTCHEM SpA, penyedia penyelesaian teknologi lestari di bawah MAIRE Group, bagi membangunkan loji kuasa serpihan kayu berkapasiti tinggi di Sarawak.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) tersebut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Pengerusi Acacia Power Sdn Bhd, Datuk Amar Tan Sri Abdul Aziz Husain, kerjasama ini bukan sahaja mewakili perkongsian strategik antara kedua-dua syarikat, tetapi juga memudahkan pemindahan teknologi dan inovasi yang terhasil daripada pelaksanaan projek ini antara Malaysia dan Itali.

“Dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang melimpah ruah di rantau ini serta bekalan biojisim yang sedia ada, inisiatif ini menonjolkan komitmen terhadap penyelesaian tenaga lestari sambil memanfaatkan kelebihan unik Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani  MoU antara Acacia Power Sdn Bhd dan NEXTCHEM SpA di Hikmah Exchange Centre & Conventional (HEEC) di sini, hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan NEXTCHEM SpA, Giovanni Sale turut menyatakan komitmen syarikat itu bukan sahaja terhadap kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui tetapi juga pemindahan teknologi kepada generasi baharu.

“Saya berbangga menyatakan komitmen kami terhadap teknologi dan inovasi yang telah menyumbang kepada industri polimer dan baja.

“Ini adalah langkah penting, bukan hanya untuk kedua-dua negara kita, tetapi kerana kita boleh menjadi pengaruh sebenar. Yang Amat Berhormat Premier Sarawak adalah seorang tokoh berpengaruh dalam ekonomi baharu,” katanya.

Nextchem ialah syarikat teknologi dan kejuruteraan di bawah Maire Group yang menyediakan penyelesaian lestari dalam baja nitrogen, hidrogen, penangkapan karbon, bahan api, bahan kimia dan polimer.

Syarikat ini berfokus kepada membangunkan dan melaksanakan teknologi inovatif untuk menyokong peralihan tenaga global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan