Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja perempuan ditemui meninggal dunia di beranda hadapan sebuah rumah di Kampung Kuala Lama. Foto hiasan Envato

Remaja perempuan ditemui meninggal dunia di beranda rumah

MUKAH, 2 Dis: Seorang remaja perempuan ditemui meninggal dunia di beranda hadapan sebuah rumah di Kampung Kuala Lama di sini, hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan kejadian pada jam 6 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk melakukan siasatan.

“Remaja berusia 18 tahun itu dijumpai meninggal dunia di kawasan beranda sebuah rumah sebelum polis dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau perbuatan khianat yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Mayatnya dibawa ke rumah mayat Hospital Mukah untuk tindakan lanjut. Setakat ini, kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR),” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan