Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail merasmikan Ambulans Limbang, Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini. Foto TVS

Projek Hospital Pakar Major Limbang dijangka siap dalam tempoh lima tahun

LIMBANG, 2 Dis: Kerja-kerja awal pembinaan Projek Hospital Pakar Major Limbang bernilai RM300 juta kini sudah dimulakan dan bakal mempunyai 20 kepakaran yang mengambil masa lima tahun pembinaan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek itu amat dinanti penduduk Limbang sejak sekian lama bagi menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik dengan prasarana perubatan yang lengkap.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, keperluan untuk mendapatkan kemudahan bangunan itu sudah ditunggu-tunggu memandangkan pesakit-pesakit di daerah Limbang terpaksa dirujuk ke Hospital Miri untuk rawatan susulan.

“Permohonan dan impian kita untuk memiliki Hospital Pakar Major Limbang sudahpun diluluskan dengan kos RM300 juta dan kerja-kerja awal sudah dimulakan dan apabila siap kita akan mempunyai 20 kepakaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ambulans Limbang, Pertubuhan Pemeliharaan Hayat Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

Dr Abdul Rahman juga berharap sebuah Poliklinik baharu dapat dibina segera di kawasan Bandar Baru Limbang, bagi mengurangkan kesesakan yang dihadapi pesakit di hospital Limbang.

Beliau juga optimis menjelang tahun 2030 penduduk di utara Sarawak akan dapat menikmati kemudahan kesihatan yang lebih baik melalui siapnya pembinaan Hospital Pakar Major Limbang yang baharu dan Poliklinik Limbang.

Katanya, dalam tempoh itu juga, penduduk akan dapat menikmati kemudahan jaringan jalan raya yang lebih baik dengan siapnya Projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah (SSLR), Lebuh Raya Pesisir Utara, Lebuh Raya Trans Borneo sekali gus mencapai Sarawak sebagai sebuah wilayah maju berpendapatan tinggi.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan