MIRI, 1 Dis: PETRONAS dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Miri meneruskan inisiatif pemuliharaan habitat bakau.
Pengurus Besar Kanan PETRONAS Carigali Sdn Bhd (Aset Sarawak) Noriani Yati Mohamad berkata, program tersebut merupakan kesinambungan daripada usahasama dengan NREB sejak tahun 2021.
“Pada tahun ini, pihak PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. – Sarawak Aset mencapai matlamat dengan penanaman sejumlah 10,000 pokok bakau anak benih di Plot 1, Kuala Baram.
“Jumlah keseluruhan pokok bakau yang bakal ditanam bersama dengan anak benih pokok bakau adalah sejumlah 2,000 bagi tujuan pemulihan kawasan tandus yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program Penanaman Pokok Bakau bertemakan Menyemai Masa Hadapan yang diadakan di Miri baru-baru ini melibatkan 60 peserta dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Miri, Pejabat Hutan Wilayah Miri, Jabatan Alam Sekitar Miri dan komuniti Kampung Batu 1, Kuala Baram. – TVS