Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Anwar Ibrahim (FB)

Malaysia manfaatkan hubungan luar tingkat ekonomi, pelaburan negara – Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Dis: Malaysia memanfaatkan hubungan luar untuk meningkatkan ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ketika lawatan kerja beliau ke Peru dan Brazil baru-baru ini banyak permintaan diterima daripada pemimpin dunia, menyatakan minat untuk menemuinya, yang menandakan pengiktirafan terhadap kedudukan Malaysia di arena antarabangsa.

“Tapi kita manfaatkan untuk apa? Untuk ekonomi, pelaburan dan mutu pendidikan. Itu yang penting. Jadi tindakan susulan itu saya dah minta Kementerian Luar, Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan berkenaan selaraskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan bulanan bersama warga JPM, di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri turut berkongsi bahawa prestasi Malaysia dalam memerangi rasuah turut mendapat perhatian Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra yang menyatakan hasrat untuk memanfaatkan pengalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha membanteras jenayah itu di negaranya.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said kini mempengerusikan Akademi Antirasuah Antarabangsa selepas SPRM memperoleh prestasi tinggi yang merupakan pengiktirafan baik kepada negara.

Sementara itu hubungan strategik dengan Brazil turut membuka peluang ekonomi apabila Presiden Luiz Inacio Lula da Silva memberi keistimewaan kepada Malaysia, antaranya kepada Petronas untuk menyambung aktiviti cari gali, dan Yinson Holdings Berhad mendapat peluang pelaburan dalam kapal tenaga elektrik terbesar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan