Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Lima jalan di Kubang Pasu di Kedah masih ditutup

ByBernama

JITRA, 2 Dis: Lima jalan di daerah Kubang Pasu masih ditutup sepenuhnya akibat banjir, kata Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Redzuan Salleh.

Beliau berkata lokasi terbabit ialah Jalan Tanah Merah ke Wang Tepus (Klinik Kesihatan Banai dan Restoran Bunga Naga), Jalan Jitra ke Kampung Kelubi (terowong), Jalan Kepala Batas ke Bukit Tinggi (Taman Tabung Haji), Jalan Batu 9 Jitra ke Alor Rambai/Kepala Batu (kuari tanah dan SK Binjal) dan Jalan Kampung Budi ke Kampung Bohor (Kampung Budi).

Selain itu, beliau berkata Jalan Titi Besi ke Kampung Pasir (Taman Mutiara Naga) dan Jalan Kepala Batas ke Titi Besi (SK Kepala Batas) pula dibuka hanya kepada kenderaan berat.

“KM 32.1 hingga KM33.2 Lebuhraya Plus Arah Selatan dilencongkan sepenuhnya ke susur Bandar Darulaman dan KM 33.2 hingga 32.1 Lebuhraya Plus Arah Utara dilencongkan sepenuhnya ke susur Alor Setar Utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beberapa jalan juga telah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan iaitu Jalan Kepala Batas ke Bukit tinggi (Masjid Jame’ Al -Shahab Kepala Batas), Jalan Kelubi Luar ke Kampung Malau (Taman Pulasan dan Perpustakaan Desa Malau) manakala di Jalan Jitra ke Sungai Korok air banjir didapati masih melimpah.

“Polis menasihati orang ramai merancang perjalanan masing-masing bagi mengelak sebarang kesulitan dan kesesakan lalu lintas serta tidak meredah banjir yang mempunyai arus deras demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya. – TV

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan