LUNDU, 2 Dis: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu jatuh ke dalam gaung di Jambatan Sedain, Jalan Biawak di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.45 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua Viva telah jatuh ke dalam gaung.
“Seorang mangsa lelaki dewasa dalam keadaan sedar dan hanya mengalami cedera ringan tersepit pada ruang pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anggota memasang KED pada mangsa, dan menggunakan spine board serta bucket strecher untuk membawa mangsa naik ke atas yang ketinggian gaung dari jalan dianggarkan jarak dalam 25 kaki.
“Setelah mangsa berjaya di keluarkan dari lokasi, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk di bawa ke hospital Lundu bagi mendapatkan rawatan seterusnya,” ujarnya.-TVS