Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) pada Ahad memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024. Foto hiasan Envato

Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun

ByBernama

MANILA, 2 Dis: Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) pada Ahad memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.

Daripada anggaran itu, sebanyak 131,335 kes didiagnosis atau disahkan melalui ujian makmal, menurut DOH.

Memetik anggaran Model Epidemik AIDS, DOH menjangkakan jumlah penghidap HIV di Filipina boleh meningkat kepada kira-kira 448,000 menjelang 2030 sekiranya pencegahan dan intervensi tidak diperluaskan, lapor Xinhua.

Bagi membendung peningkatan kes, DOH bekerjasama dengan Majlis AIDS Kebangsaan Filipina untuk melancarkan kempen rasmi pada Ahad sempena sambutan Hari AIDS Sedunia Filipina 2024.

“Melalui kempen ini, stigma akan ditangani dan perbincangan mengenai pencegahan HIV/AIDS akan dibuka kepada umum.

“Orang ramai diingatkan bahawa ujian berkala di kemudahan penjagaan primer, klinik tempatan, pusat kesihatan dan unit ujian mudah alih boleh diakses secara rahsia,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan