Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jepun merancang menjana kira-kira 20 gigawatt elektrik, bersamaan  dengan hasil janaan daripada 20 reaktor nuklear, menggunakan sel suria perovskite inovatif menjelang tahun fiskal 2040. Foto hiasan Envato

Jepun sasar guna kuasa suria generasi baharu yang menyamai fungsi 20 reaktor nuklear

ByBernama

TOKYO, 2 Dis: Jepun merancang menjana kira-kira 20 gigawatt elektrik, bersamaan  dengan hasil janaan daripada 20 reaktor nuklear, menggunakan sel suria perovskite inovatif menjelang tahun fiskal 2040.

Inisiatif ini sebahagian strategi Kerajaan Jepun memperluaskan  tenaga boleh diperbaharui dan mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, menurut agensi berita Kyodo yang memetik pegawai  Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.

Draf pelan tenaga yang dikemas kini, yang mengutamakan penggunaan sel suria  generasi baharu sebagai teknologi utama itu, dijangka diumumkan bulan ini.

Sel suria perovskite, yang biasanya direka bentuk fleksibel dan ringan, boleh dipasang pada permukaan seperti dinding bangunan, tingkap dan bumbung kenderaan, sekali gus menangani kekangan ruang Jepun untuk pemasangan panel solar berasaskan silikon konvensional.

Sel suria canggih ini mempunyai potensi untuk digunakan secara meluas, walaupun terdapat cabaran seperti meningkatkan ketahanan dan mengurangkan kos yang perlu ditangani sebelum ia dikomersialkan sepenuhnya, yang dijangka pada 2030-an.

Dominasi Jepun dalam pengeluaran iodin, bahan penting untuk sel perovskit, memberi kelebihan kepada negara  untuk mewujudkan rantaian bekalan yang stabil dan tidak bergantung kepada yang lain, sekali gus meningkatkan keselamatan ekonomi serta daya saing global.

Walaupun tenaga suria kini merangkumi hampir 10 peratus daripada penjanaan kuasa di Jepun, negara ini menyaksikan sumbangannya dalam pengeluaran panel suria global merosot kepada kurang daripada satu peratus,  dipintas oleh pengeluar dari China yang mendapat manfaat daripada subsidi kerajaan.

Dengan memajukan teknologi perovskite, Jepun merancang menghidupkan semula sektor tenaga boleh diperbaharui dan mengeksport produk itu pada masa depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan