Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyempurnakan simbolik perasmian Pertandingan 'Parent-Child Puzzle' di Kuching. Foto TVS

Ibu bapa perlu luang masa, interaksi bersama anak

ByBong Yi Sien

KUCHING, 2 Dis: Sibuk dengan kerja antara punca ibu bapa kurang memberi perhatian kepada keperluan anak sehingga menyebabkan mereka tertagih dengan produk 3C merangkumi komputer, komunikasi dan elektronik pengguna.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, sebagai modal insan penting untuk pembangunan Sarawak, ibu bapa perlu bijak mengatur masa termasuk memberi perhatian kepada anak.

Menurutnya, pada masa hadapan Sarawak memerlukan ramai anak tempatan bagi membantu membangunkan Sarawak dalam aspek ekonomi, intelektual dan keharmonian.

“Ibu bapa perlu bijak membahagikan masa antara kerja dan mendidik anak-anak. Kita mahu melihat setiap anak kecil cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi seimbang emosi, sosial dan rohani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Parent Child Puzzle 2024 anjuran Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching di sini, hari ini.

Pada masa sama Dr Sim turut memuji Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching yang mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan tersebut bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

“Acara seperti ini dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan menerusi permainan dan bukan hanya tertumpu kepada produk 3C,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Komuniti Progresif Kuching Ryan Jee berkata, pertandingan tersebut disertai 87 kumpulan yang melibatkan ibu bapa dan anak.

“Kita akan berusaha memainan peranan dalam usaha mempromosi semangat positif, harmoni dan progresif dalam kalangan komuniti,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan