Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anugerah itu juga bagi mengiktiraf usaha tanpa jemu Fadillah dalam memupuk perpaduan dan kemajuan merentasi pelbagai sektor.Foto: Fadillah Yusof (FB)

Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia daripada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) yang mengiktiraf kepimpinan dan komitmen teguh beliau dalam memajukan pembangunan mampan.

Anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini kerana Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, tidak dapat menerimanya di forum itu yang berlangsung di London, United Kingdom pada 22 Nov lepas.

Anugerah itu juga bagi mengiktiraf usaha tanpa jemu Fadillah dalam memupuk perpaduan dan kemajuan merentasi pelbagai sektor.

Mohamed Iqbal, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa dedikasi Fadillah mempromosi kemampanan, perpaduan dan kepimpinan dalam dunia Islam benar-benar memberikan inspirasi.

“Visi dan usaha beliau mencerminkan cita-cita WMLF dan anugerah ini adalah bukti kepada impak berkekalannya dalam memupuk penyelesaian yang dipacu oleh pembangunan yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh dunia,” katanya.

Edisi ke-13 WMLF yang bertema Muslim Leadership in Challenging Times: Fostering Inclusivity and Sustainability, menghimpunkan para pemimpin, penggubal dasar, cendekiawan, usahawan dan inovator daripada dunia Islam untuk meneroka strategi bagi memanfaatkan pembangunan ke arah memajukan matlamat pembangunan mampan (SDG).

Dianjurkan bersama oleh KSI, forum itu menekankan bidang kritikal seperti kesaksamaan jantina, pemerkasaan golongan belia, perubahan iklim dan pembinaan keamanan dalam perbincangannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan