Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lim Hui Ying menjawab pertanyaan berkaitan harga diesel dan RON97 di Dewan Rakyat hari ini. Foto, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: Tiada caj tersembunyi harga mingguan RON97 dan diesel

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Kerajaan menjelaskan tiada cukai tersembunyi dikenakan ke atas harga runcit mingguan bahan api RON97 dan diesel seperti dakwaan oleh segelintir pihak.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata harga runcit mingguan kedua-dua bahan api tersebut ditentukan menerusi kaedah apungan terkawal.

“Untuk makluman Yang Berhormat, tiada caj tersembunyi seperti yang dipersoalkan.

“Seiring pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu, penetapan harga diesel secara mingguan dijalankan melalui kaedah apungan terkawal.

“Kami (kerajaan) sentiasa memantau secara teliti harga diesel dan memastikan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan adalah selaras dengan piawaian yang ditetapkan,” katanya pada Pertanyaan –Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat: 2,113 kekosongan jawatan guru di Sarawak belum diisi

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Perikatan Nasional-Permatang Pauh) yang ingin penjelasan berhubung dakwaan kerajaan mengenakan cukai tersembunyi melalui penetapan harga bahan api menggunakan formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM).

Sementara itu, Hui Ying memaklumkan kerajaan sedang mengkaji keperluan penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

“Buat masa ini, kerajaan masih berada di peringkat kajian untuk melaksanakan penyasaran subsidi diesel dan proses ini memerlukan banyak sesi libat urus,” katanya.

Beliau menambah bahawa cabaran utama dalam melaksanakan perkara berkenaan di Sabah dan Sarawak adalah faktor geografi serta lokasi pedalaman.

“Oleh sebab itu, kerajaan akan memastikan subsidi yang disalurkan tidak membebankan golongan yang benar-benar memerlukan terutamanya di kawasan pedalaman,” jelasnya.

Menjawab soalan tambahan Azli Yusof (Pakatan Harapan-Shah Alam) berkaitan kelemahan dalam pelarasan subsidi diesel, Hui Ying mengakui terdapat beberapa kekurangan yang sedang dipantau oleh kerajaan.

“Kita sedang giat melaksanakan libat urus bersama pemegang saham dan pemain industri untuk memperbaiki keadaan.

“Namun pelarasan ini baharu dilaksanakan kurang dari enam bulan, jadi kerajaan akan terus memantau dan menambah baik proses ini dari semasa ke semasa,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan