Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dewan Rakyat: Semakan harga jualan air mentah kepada Singapura perlu teliti kesan menyeluruh

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Sebarang perubahan berhubung kadar jualan air mentah di bawah Perjanjian Air Sungai Johor 1962 (Perjanjian 1962) perlu mengambil kira kesannya terhadap rakyat Johor yang bergantung kepada bekalan air terawat dari Singapura.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, semakan kadar tersebut boleh mempengaruhi kos pembelian air terawat dari Singapura yang menjadi keperluan utama untuk Johor.

Menurut beliau, rekod Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) menunjukkan Johor kini membeli 16 juta gelen air terawat setiap hari daripada republik berkenaan, jauh melebihi lima juta gelen seperti yang dinyatakan dalam perjanjian.

“Jumlah pembelian tambahan ini menyebabkan Johor menanggung kos tambahan sekitar RM180,000 setahun,” katanya pada Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Parlimen: KDN pertimbang penggunaan kod QR percepatkan pemeriksaan imigresen

Beliau menjawab soalan Hassan Abdul Karim (Pakatan Harapan -Pasir Gudang) yang ingin tahu sama ada Kerajaan Malaysia akan berbincang dengan Kerajaan Singapura untuk mengkaji semula Perjanjian 1962 yang tidak adil kerana membenarkan Singapura menerima 250 juta gelen air dari Johor sehingga 2061 pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Sementara itu beliau memaklumkan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap Singapura, projek Zero Dependency sedang dilaksanakan termasuk pembinaan takungan air pinggiran sungai di Sungai Johor, Sungai Lebak dan Sungai Sedili Besar serta pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) seperti Layang 2 dan Semangar 3.

“Projek-projek ini bertujuan meningkatkan kapasiti simpanan air mentah dan terawat dan memastikan Johor dapat memenuhi keperluan air secara kendiri dalam jangka masa panjang,” tambahnya.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan sasaran Zero Dependency menjelang 2030 mungkin tidak dapat dicapai sepenuhnya memandangkan peningkatan keperluan sektor perindustrian seperti pusat data dan semikonduktor.

“Oleh itu, bekalan air terawat daripada Singapura masih diperlukan untuk memenuhi keperluan Johor. Dalam hal ini, kerajaan memberi keutamaan kepada rundingan dan pandangan pihak berkepentingan.

“Berdasarkan perbincangan bersama Menteri Besar Johor dan kementerian pada Oktober lalu, diputuskan bahawa semakan kadar air mentah tidak akan dirundingkan buat masa ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan