Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa banjir disanjung tinggi. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Dis: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa banjir ketika ini.

“Penat lelah sehingga terpaksa berjauhan serta meninggalkan keluarga mereka, akan dikenang sebagai satu pengorbanan besar yang tidak ternilai kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook malam ini.

Perdana Menteri turut menyeru sektor swasta agar bersama-sama dan menyemarakkan semangat kebersamaan untuk terlibat dalam misi bantuan membantu rakyat yang memerlukan serta dilanda kesusahan saat ini.

“Seharusnya semua pihak harus turun padang dan sama-sama membantu meringankan beban ditanggung sehingga mereka yang terkesan ini dapat menjalani kehidupan seperti sediakala,” katanya.

Setakat 8 malam ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di lapan negeri ialah 99,823 orang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan