Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyokong daripada pasukan bola sepak Carl Zeiss Jena dan Chemie Leipzig merusuh selepas perlawanan kelab divisyen keempat Jerman itu, mengakibatkan 79 orang cedera. Foto AFP

79 cedera rusuhan penyokong selepas perlawanan kelab divisyen keempat Jerman

ByBernama

LEIPZIG, 2 Dis: Penyokong daripada pasukan bola sepak Carl Zeiss Jena dan Chemie Leipzig merusuh selepas perlawanan kelab divisyen keempat Jerman itu, mengakibatkan 79 orang cedera, lapor agensi berita Jerman dpa memetik polis tempatan.

Polis berkata pergaduhan lewat Sabtu itu bermula apabila kedua-dua kumpulan penyokong dengan ganas membuka pintu penampank selepas penyokong Leipzig melemparkan bunga api ke arah penyokong Jena.

Polis berkata mereka menggunakan belantan dan gas pemedih mata untuk menamatkan “satu konfrontasi singkat dan tidak terkawal.”

Ia berkata seramai 10 pegawai polis dan lima petugas keselamatan cedera bersama 64 penyokong daripada kedua-dua pasukan manakala 40 tuduhan jenayah serta pelanggaran peraturan difailkan.

Menurut polis lagi, mereka turut menggunakan belantan dan gas pemedih mata untuk menyuraikan sekumpulan 350 penyokong tuan rumah yang berarak di sekitar bandar sebelum perlawanan yang dimenangi Jena dengan keputusan 5-0. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan