Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump mencalonkan Charles Kushner sebagai duta ke Perancis, lapor United Press International (UPI). Foto fail AFP

Trump calonkan Charles Kushner sebagai duta ke Perancis

ByBernama

WASHINGTON, 1 Dis: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump mencalonkan Charles Kushner sebagai duta ke Perancis, lapor United Press International (UPI).

Charles Kushner merupakan bapa kepada menantu Trump, Jared Kushner yang berkahwin dengan Ivanka Trump.

“Saya berbesar hati mencalonkan Charles Kushner dari New Jersey sebagai Duta AS ke Perancis.

“Beliau seorang pemimpin perniagaan, dermawan, dan pakar rundingan yang akan menjadi penyokong kuat dalam mewakili negara kita dan kepentingannya,” menurut Trump pada Sabtu melalui hantaran di Truth Social.

Kushner, 70, adalah pengasas dan pengerusi Kushner Companies, yang disifatkan Trump sebagai “antara firma hartanah swasta terbesar dan paling berjaya.”   -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan