Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Trak-trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui jalan utama Rantau Panjang - Pasir Mas (Kalbok 5) bagi memindahkan seramai 189 pelajar sekolah di SMK Rantau Panjang dan SK Gual Tinggi ke asrama mereka selepas terputus hubungan susulan banjir yang berlaku. Kesemua pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok. Foto Bernama

Trak ATM tergelincir redah banjir, kejadian tidak libat calon SPM

ByBernama

KOTA BHARU, 1 Dis: Sebuah trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah tergelincir semasa Op Murni, namun kejadian tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan itu telah berjaya dibawa keluar dan telah beroperasi sepenuhnya.

“Operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlaku sebarang kemalangan yang tidak diingini kepada semua pelajar sekolah.

“Trak berkenaan telah tergelincir semasa melalui jalan raya yang ditenggelami air banjir,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, ATM menerusi Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) telah melaksanakan operasi berkenaan dengan memindahkan 300 calon SPM yang terkandas banjir di Rantau Panjang.

Menurut kenyataan itu, operasi bermula pada 7 pagi itu mengambil masa selama lima jam memandangkan pergerakan perlu mengharungi dua lokasi ditenggelami air.

“Operasi memindahkan kesemua calon melibatkan beberapa sekolah termasuk Maahad Muhammadi Rantau Panjang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang dengan mereka dipindahkan ke tiga sekolah berasrama di Pasir Mas.

“Pelaksanaan operasi khas ini telah dibincangkan bersama antara Panglima 8 Briged dan Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan serta dibantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kelantan,” menurut kenyataan itu.

Operasi berkenaan melibatkan penggunaan 11 trak dan 12 bot tempur manakala penduduk setempat yang memerlukan bantuan pemindahan boleh menghubungi mana-mana PKOB berhampiran untuk koordinasi bantuan. – TVS

Tags: ATM, Banjir, calon, rak, SPM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan