Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nomiday Dajie, 41, sukarelawan Festival Jazz Borneo 2024. Foto Faisal Rambli (TVS)

Sheila Majid pukau pengunjung Festival Jazz Borneo 2024

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 1 Dis: Penampilan istimewa Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid menjadi detik paling ditunggu-tunggu peminat pada Festival Jazz Borneo 2024 kali ini.

Persembahan memukau Sheila Majid bukan sahaja menghidupkan suasana tetapi memahat kenangan manis kepada peminat yang hadir.

Kemunculannya memukau peminat dan menjadikan festival tersebut antara edisi terbaik sepanjang penganjurannya.

Dengan barisan artis hebat, Festival Jazz Borneo mengekalkan reputasi sebagai acara muzik berprestij yang menyatukan peminat muzik Jazz seluruh dunia.

Menurut Nomiday Dajie, 41, salah seorang sukarelawan yang terlibat, pengalaman menyaksikan persembahan istimewa Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid menjadi memori sukar dilupakan.

“Memori yang tidak dapat dilupakan ialah menyaksikan penampilan khas Datuk Sheila Majid, beliau berjaya memeriahkan dan memuaskan penonton yang hadir pada Festival Jazz Borneo tahun ini,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada pasukan penganjur, Nomiday bersama-sama kira-kira 50 sukarelawan lain memainkan peranan penting dalam mengkoordinasikan aktiviti sepanjang festival.

“Kami menerima bantuan daripada pelajar Curtin University Malaysia dan i-CATS serta beberapa sukarelawan luar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan