Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat Tapak Projek Paip Gas Perumahan Quadruplex Taman Ceria (QTC) Miri hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak tidak tamak tuntut sumber minyak, gas

KUCHING, 1 Dis: Sarawak tidak bersikap tamak dalam tuntutannya terhadap sumber minyak dan gas serta akan terus mengembangkan syarikat minyak negeri, PETROS.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, PETROS memerlukan kerjasama strategik dengan rakan kongsi lain untuk terus berkembang.

“Saya percaya dengan pembangunan organik. Anda perlu memulakan sesuatu dari satu titik. Kemudian, anda berkembang bersama dan membina syarikat ini. Anda mesti memiliki kerjasama strategik dengan rakan kongsi lain.

“Tidak boleh bergerak sendirian. PETROS tidak boleh berdiri sendiri. PETRONAS juga tidak boleh berdiri sendiri. Syarikat lain juga tidak boleh sendirian. Harus ada sinergi dan kolaborasi antara kita,” katanya.

Sarawak telah melantik PETROS sebagai agregator tunggal untuk pengagihan gas di Sarawak, langkah yang dipertikaikan oleh PETRONAS, syarikat minyak nasional.

Abang Johari menolak tuduhan Sarawak bersikap tamak terhadap rizab minyak dan gas dengan mengatakan ia adalah soal pengurusan sumber yang akan membawa hasil positif untuk negeri dan negara.

Menurutnya, memandangkan gas itu dihasilkan di Sarawak, wilayah ini berhak dalam isu tersebut.

“Secara perlembagaan, kami mempunyai hak terhadap pengagihan gas. Dan kami melantik PETROS sebagai agregator gas tunggal. Kami melakukan ini berdasarkan undang-undang kami.

“Oleh itu, saya dan Kerajaan Sarawak membangunkan (industri ini) mengikut undang-undang dan peraturan. Dan kami berkongsi (sumber kami).

“Langkah Sarawak itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penganalisis dan pihak lain dalam industri yang mengatakan ia berisiko membawa kesan buruk kepada Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan