Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Polis tembak mati 7 pemberontak Naxal di Telangana, India

ByBernama

NEW DELHI, 1 Dis: Sekurang-kurangnya tujuh anggota kumpulan militan Naxal terbunuh pada Ahad dalam pertempuran sengit dengan pasukan polis di negeri Telangana, selatan India, lapor Xinhua.

Pertempuran antara kumpulan Naxal dan pasukan polis berlaku di kawasan hutan Chalpaka di Eturunagaram, daerah Mulugu kira-kira 258 kilometer timur laut Hyderabad, ibu negeri Telangana.

“Awal pagi ini, pasukan gabungan Greyhounds dan Skuad Anti-Naxal melaksanakan operasi pencarian di kawasan hutan Eturunagaram di daerah Mulugu.

“Semasa operasi, insiden tembak-menembak tercetus antara mereka dan kumpulan Naxal yang berada di lokasi.

“Dalam pertempuran itu, tujuh pemberontak Naxal terbunuh,” kata seorang pegawai polis.

Tiada anggota polis cedera semasa pertempuran itu dan pihaknya berjaya merampas beberapa senjata dan peluru di lokasi kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan