Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fazzrudin ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Asak Ati ke Gita 2.0. Foto TVS

Percaya khabar angin, kurang maklumat punca perpecahan masyarakat

KUCHING, 1 Dis: Terpengaruh dengan khabar angin dan kurang maklumat sahih antara faktor mendorong perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Sarawak.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut boleh dielakkan sekiranya komuniti setempat di sesebuah kampung terlibat dengan pelbagai program di bawah Kejiranan Mesra (KJM).

Menurutnya, penglibatan masyarakat pelbagai kaum dalam program KJM dapat mengukuhkan perpaduan sekali gus mendapat maklumat sebenar mengenai sesuatu situasi yang berlaku termasuk di kawasan mereka.

“Apabila kita mempunyai hubungan yang baik, ia akan dapat mengelak salah faham dalam kalangan penduduk setempat.

“Yakinlah bahawa salah faham dan kekurangan maklumat sebenar adalah salah satu punca keretakan perpaduan.

“Dengan adanya maklumat betul dan tepat, kita boleh berkongsi fakta sebenar dengan penduduk kampung yang lain,” katanya.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata demikian dalam ucapan penangguhan Program Asak Ati ke Gita 2.0 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kampung Pinang Jawa hari ini.

Menurutnya, KJM berperanan besar dalam mendepani cabaran masyarakat hari ini merangkumi aspek ekonomi, pendidikan dan politik di Sarawak.

“Oleh itu, KJM diseru bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan.

“Ini kerana program seperti ini dapat menyatukan rakyat Sarawak sekali gus menangkis fitnah atau khabar angin,” ujarnya.

Hadir sama Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan