Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden PBB berkata, parti yang diketuainya sentiasa teguh kerana kekuatan ahli parti yang mempunyai semangat juang tinggi untuk membangunkan Sarawak. Foto: TVS

PBB berkhidmat dalam setiap keadaan mengikut peredaran zaman

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Dis: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan terus berkhidmat dalam setiap keadaan dan era pembangunan mengikut peredaran zaman.

Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, parti tersebut sentiasa teguh kerana kekuatan ahli yang mempunyai semangat juang tinggi untuk membangunkan Sarawak.

“Kita tidak memberi keutamaan kepada jawatan, tetapi kita beri keutamaan kepada perjuangan dan sebab itulah penyusunan kepimpinan kita begitu baik sekali.

“Ini kerana kita memberi kepentingan kepada parti yang menjadi wadah perjuangan untuk rakyat Sarawak iaitu Parti PBB sebagai parti dominan dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Mesyuarat Perwakilan Cawangan N.26 Gedong Sesi 2024-2027, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kekuatan yang ada pada Parti PBB dapat menstabilkan politik negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 pada 2022 sehingga pemimpin dalam parti tersebut dilantik menjadi salah seorang Timbalan Perdana Menteri.

“Seorang Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak dilantik untuk memegang jawatan berkenaan, iaitu daripada parti PBB itu sendiri.

“Ini adalah satu gambaran mengenai dengan kekuatan yang ada pada PBB dan rakannya di dalam GPS dan kita juga tidak pernah terbayang untuk mempunyai jawatan Timbalan Perdana Menteri (iaitu dipegang oleh Datuk Seri Fadillah Yusof) yang dilantik dari Sarawak.

“Alhamdulillah, ini adalah merupakan satu kepercayaan dan keyakinan daripada seluruh negara kepada parti kita yang keramat ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan