Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Friday Belik merasmikan Karnival Belia Bau 2024 di Pusat Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS), Bau malam tadi. Foto TVS

KBB 2024 platform perkasa belia, pupuk semangat perpaduan

BAU, 1 Dis: Karnival Belia Bau (KBB) 2024 bakal mengangkat serta mempromosikan kebudayaan dan pada masa yang sama menyuntik elemen kecergasan serta keseronokan serta mengetengahkan bakat tempatan sambil mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, KBB 2024 merupakan antara platform terbaik untuk memperkasa golongan belia, selain memupuk semangat perpaduan komuniti.

“Saya difahamkan karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula pada semalam iaitu 29 November, bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan, budaya, kreativiti dan mengasah bakat belia melalui program-program yang dianjurkan. Bukan itu sahaja, karnival ini juga dilihat mampu mempromosikan daerah Bau kepada pelancong tempatan dan juga dari luar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik pada majlis perasmian Karnival Belia Bau 2024 di Pusat Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) di sini, malam tadi.

Tambahnya, KBB 2024 turut menjadi platform untuk meningkatkan sosioekonomi warga, khasnya golongan belia dengan menyediakan ruang untuk mereka mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka sepanjang tiga hari penganjuran KBB 2024 sejak 29 November yang lalu.

Pada masa yang sama, KBB 2024 akan turut merancakkan lagi segmen pelancongan selain memberi ruang untuk golongan belia mengemudi program yang direncana serta dilaksanakan oleh golongan belia agar dapat dijadikan contoh oleh golongan belia yang lain pada masa kini dan masa mendatang.

KBB 2024 yang bakal melabuhkan tirainya hari ini, dikunjungi oleh lebih 10,000 pengunjung yang hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap karnival yang mempromosi dan memperkasakan golongan belia ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan