Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Friday Belik berucap pada Majlis Perasmian Karnival Belia Bau 2024 di Pusat Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS), Bau, malam tadi. Foto TVS

KBB 2024 jadi tarikan pengunjung ke daerah Bau

BAU, 30 Nov: Karnival Belia Bau (KBB) 2024 dilihat sebagai wadah yang mampu menarik minat para pelancong untuk bertandang ke Sarawak dan berpotensi untuk dimasukkan sebagai sebahagian daripada aktiviti kalendar pelancongan keusahawan di wilayah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, KBB 2024 perlu diteruskan untuk edisi yang seterusnya kerana ia merupakan wadah terbaik dalam memperkasakan golongan belia, selain memangkin dan memperkasakan segmen pelancongan juga seni serta budaya di wilayah ini.

“Kita berharap dengan adanya sokongan dari segi penyertaan yang lebih ramai (belia dan usahawan) serta orang ramai, karnival sebegini dapat membantu memangkin pertumbuhan sektor pelancongan di mana, ia dapat menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan Bau,” ujarnya.

“Bagi saya, ia dapat dijadikan aktiviti pelancongan yang mempromosi acara-acara kebudayaan dan kita boleh memohon kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak untuk menyenaraikan karnival ini ke dalam kalendar pelancongan negeri ini,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas  Majlis Perasmian KBB 2024 di Pusat Pertubuhan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) di sini, malam tadi.

Pada masa yang sama, Pengerusi Penganjur Karnival Belia Bau, Kapten Joseph Emmanuel pula berkata, pihaknya akan menambah baik program KBB ini dan akan memastikan lebih ramai golongan belia daripada pelbagai bidang seperti bidang ekonomi dan industri kreatif akan terlibat sama dalam penganjuran karnival ini dalam edisi akan datang.

“Untuk penambahbaikan pada tahun mendatang, kita akan menambah elemen pemerkasaan ilmu pengetahuan serta kemahiran contohnya dengan mengadakan bengkel berkaitan teknologi serta keusahawanan,” katanya.

Karnival Belia Bau 2024 yang berlangsung bermula 29 November hingga 1 Disember dilihat sebagai wadah untuk meraikan keterangkuman melalui pelbagai aktiviti, menyatukan warga Bau serta kawasan persekitarannya kerana ia menggalakkan interaksi, kerjasama dan menyuntik kegembiraan, meningkatkan hubungan komuniti dan memupuk kebanggaan kolektif membina unit yang kukuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan