Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua cedera selepas pikap dinaiki terbabas ke dalam parit selepas kemalangan kendiri di Simpang Bau Palm Oil Mill (BAPOM), Lundu, hari ini. Foto JBPM

Dua cedera pikap dinaiki terbabas ke dalam parit

LUNDU, 1 Dis: Dua cedera selepas pikap yang mereka naiki terbabas ke dalam parit di Simpang Bau Palm Oil Mill (BAPOM) di sini, hari ini.

Komander Operasi, Khairul Mohamad Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.13 petang dengan menggerakkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah pikap terbabas ke dalam parit dan terdapat dua mangsa terlibat.

“Seorang mangsa lelaki berusia 21 tahun masih berada di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi mangsa wanita berusia 22 tahun di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa tidak berada dalam keadaan tersepit namun mangsa lelaki hanya mengalami sesak nafas dan seterusnya anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.

“Mangsa wanita diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan