Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persembahan dari Sheila Majid (Malaysia) di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri pada Sabtu. Foto Faitullah Morni (TVS)

Borneo Jazz Festival 2024 serikan Miri dengan 1,700 penonton

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 1 Dis: Borneo Jazz Festival 2024 yang berlangsung di Eastwood Valley Golf and Country Club di sini, berjaya menarik seramai 1,700 penonton hadir bagi menyaksikan persembahan muzik jazz, raggae, dan pop yang bergema pada hari kedua festival tersebut pada Sabtu.

Festival berprestij ini menampilkan gabungan unik bakat tempatan dan antarabangsa, mencipta suasana yang meriah, penuh warna-warni dan diiringi alunan muzik yang memikat hati serta mampu menghubungkan jiwa-jiwa penonton melalui rentak dan melodi yang mempesona.

Antara barisan artis yang memeriahkan pentas ialah kumpulan Ta’Dan (Sarawak), The Shang Sisters (Malaysia), ikon legenda muzik Malaysia Sheila Majid, serta pemain trompet berbakat Rio Sidik dari Indonesia.

Persembahan dinamis dan sarat emosi ini berjaya menggabungkan elemen tradisional dan moden, memberikan pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.

Di samping itu, festival ini turut menjadi pentas penting untuk mempromosikan kepelbagaian muzik rantau ini, sekali gus memperkukuh kedudukan Miri sebagai destinasi utama untuk penganjuran acara muzik bertaraf antarabangsa.

Hari terakhir Borneo Jazz Festival 2024 pada 1 Disember bakal mencapai kemuncaknya dengan acara penuh debaran, Battle of the Bands, di mana kumpulan muzik dari pelbagai latar akan berentap mempamerkan persembahan mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan