Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Sepanjang dua hari lawatan saya ke kawasan yang terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengamal media yang bertugas di lapangan. Mereka adalah wira tak didendang yang sentiasa hadir di mana-mana sahaja, tidak kira dalam apa jua keadaan." Foto Zahid Hamidi (FB)

Banjir: TPM Ahmad Zahid rakam terima kasih kepada pengamal media

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan buat pengamal media yang bertugas di kawasan bencana.

“Sepanjang dua hari lawatan saya ke kawasan yang terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengamal media yang bertugas di lapangan.

“Mereka adalah wira tak didendang yang sentiasa hadir di mana-mana sahaja, tidak kira dalam apa jua keadaan. Liputan dan laporan yang mereka hasilkan amat penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata dalam situasi bencana, peranan yang dimainkan pengamal media menjadi lebih kritikal.

Beliau berkata, ia adalah untuk memastikan setiap perkembangan diketahui, sekali gus membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih pantas dan berkesan.

“Saya benar-benar menghargai usaha dan pengorbanan anda semua. Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin kepada kita untuk terus berbakti kepada masyarakat dan negara. Insya-Allah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan