Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah memeriahkan Christmas Gala Dinner, anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit Limbang dan Majlis Daerah Limbang. Foto TVS

Bajet Sarawak 2025 rancakkan ekonomi, tumpu kesejahteraan rakyat – Hasbi

LIMBANG, 1 Dis: Belanjawan Sarawak 2025 yang dibentangkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak baru-baru ini, merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berkonsepkan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, Bajet Sarawak 2025 sebanyak RM15.8 bilion juga merupakan antara bajet terbesar di negara ini, mencakupi semua aspek.

“Inilah aspirasi Premier kita, banyak program dibuat untuk Sarawak kita dan bajet Sarawak itu sendiri antara bajet terbesar yang diumumkan pada DUN baru-baru ini.

“Ini menunjukkan perancangan Kerajaan Sarawak itu sendiri dari Lawas hingga ke Kuching iaitu bagaimana kerajaan memikirkan untuk membangunkan rakyat, ekonomi, program sosial serta program membantu rakyat dalam pendidikan,” katanya ketika berucap pada Christmas Gala Dinner anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit Limbang dan Majlis Daerah Limbang di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Belanjawan Negeri Sarawak 2025 dengan tema ‘Bersama Membina Masa Depan Sejahtera’ itu adalah yang terbesar dalam sejarah Sarawak.

Belanjawan Negeri Sarawak 2025 dirangka dengan lapan teras strategi iaitu mentransformasi dan mempelbagaikan ekonomi Sarawak.

Ahli Parlimen Limbang itu optimis Bajet 2025 akan memberi manfaat besar kepada rakyat di wilayah ini dalam membantu mereka dalam pelbagai program ekonomi, sosial, pendidikan dan meningkatkan kesejahteraan mereka.

Turut sama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Pandang Semat dan Pengerusi Jawatankuasa Tamu Medamit Limbang, Rumai Sanggau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan