Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR memindahkan mangsa maut tanah runtuh di Sibolangit, Deli Serdang, Sumatera Utara. Foto Pejabat SAR Medan

Angka kematian akibat tanah runtuh di Sumatera Utara meningkat kepada 10 orang

JAKARTA, 1 Dis: Angka kematian akibat tanah runtuh di Sibolangit, Deli Serdang, Sumatera Utara meningkat kepada 10 orang apabila pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya menemui mangsa yang terakhir tertimbus.

Tanah runtuh melumpuhkan laluan utama Medan-Berastagi dan menimbus beberapa kenderaan serta bas pelancong yang melalui laluan itu.

Ketua Pejabat SAR Medan, Mustari berkata, pasukan itu berjaya mengesan dan menempatkan semula kesemua mangsa sehingga hari keempat pencarian dilakukan selepas memfokuskan kepada kenderaan yang hilang.

“Dengan operasi yang telah dijalankan selama empat hari itu, pasukan menumpukan usaha mencari kenderaan yang berada di lokasi tanah runtuh dan pasukan berjaya menemui kesemua mangsa,” katanya.

Beliau menyebut kesemua mangsa yang maut adalah penumpang dalam kenderaan yang melalui lokasi ketika kejadian.

Dengan kesemua mangsa ditemui, pencarian ditamatkan dan pembersihan dilakukan bagi memastikan laluan itu dapat dilalui semula. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan